fbpx

Amaran hujan berterusan di Tumpat, Besut dan Kuantan hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Rabu ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh bagi Kelantan.

“Di Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman yang berlarutan sehingga 29 November ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, amaran hujan lebat peringkat kuning (waspada) turut membabitkan negeri Pahang di daerah Kuantan dan Pekan bagi tempoh sama.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI