fbpx

3 pelajar Palestin ditembak di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hisham, Kinnan dan Tahseen cedera ditembak di Vermont. – CAIR

BURLINGTON, VERMONT – Tiga pelajar universiti dari Palestin cedera ditembak di Vermont, Amerika Syarikat (AS) malam kelmarin, dengan motif dan pelaku masih belum dikenal pasti, lapor agensi berita United Press International semalam.

“Lembaga Sekolah Ramallah Friends, pentadbiran, kakitangan dan komuniti amat terkesan dengan insiden yang melibatkan tiga graduan kami iaitu Hisham Awartani, Kinnan Abdel Hamid dan Tahseen Ahmed.

“Walaupun kami berasa lega mendapat tahu mereka hidup, kami masih tidak pasti mengenai keadaan mereka,” kata institusi pendidikan di Tebing Barat itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah Sekolah Ramallah Friends, Hisham ditembak di belakang badan, Tahseen ditembak di dada serta Kinnan mengalami cedera ringan.

Hisham merupakan pelajar Liga Ivy di University Brown, Kinnan di Universiti Haverford, manakala Tahseen di Kolej Trinity.

“Sepupu saya, Hisham ditembak di belakang ketika sedang berjalan dengan rakan-rakannya di Burlington hanya kerana memakai kuffiyeh dan bercakap bahasa Arab,” kata Basil Awartani di platform X.

Sementara itu, pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terbesar AS, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) berkata, ia menawarkan ganjaran sebanyak AS$10,000 (RM46,790) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan dan sabitan terhadap suspek atau dalang di sebalik tembakan itu.

“CAIR juga menyeru pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang negeri dan persekutuan di Vermont untuk menyiasat kemungkinan motif berat sebelah bagi penembakan itu,” kata organisasi hak sivil tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI