fbpx

Suami tikam isteri, berang tidak diberi wang beli ayam goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suami membunuh isterinya dengan menggunakan sebilah gunting di Ghaziabad, malam Jumaat lalu. - Foto Unsplash

NEW DELHI – Seorang tukang jahit didakwa membunuh isterinya di bandar Ghaziabad, India dengan menikam leher mangsa menggunakan gunting hanya kerana tidak diberikan wang untuk membeli ayam goreng, lapor laman berita NDTV semalam.

“Suspek, Shahid Hussain telah ditahan kerana didakwa membunuh isterinya, Noor Bano, 46,” kata seorang pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut, Siddharth Gautam.

Siddharth berkata, pasangan itu bertengkar pada malam Jumaat lalu apabila Noor Bano didakwa enggan memberi wang kepada Shahid untuk membeli ayam goreng di pasar.

Bagaimanapun, suspek tetap keluar dan membeli ayam beberapa minit kemudian, namun pertengkaran dengan isterinya berterusan.

Shahid didakwa menikam leher mangsa menggunakan sebilah gunting sebelum Noor Bano dikejarkan ke sebuah hospital lalu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Siddharth berkata, kejadian itu berlaku di hadapan anak-anak pasangan berkenaan.

Polis kemudian menahan suspek beberapa jam selepas kematian isterinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI