fbpx

Selangkah ke final FD3, Shila Amzah, adik berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Impian penyanyi Shila Amzah dan adiknya, Syahir untuk mara ke final Famili Duo musim ketiga (FD3) hancur berkecai apabila diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir.

Barisan peserta yang akan berentap di pentas akhir merebut gelaran juara ialah Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Adira dan Emma serta Sharif dan Syaiful.

Perjuangan Shila Amzah dan Syahir terhenti apabila hanya meraih markah keseluruhan sebanyak 310.7

Pada semi final atau konsert minggu ketujuh malam ini, mereka mendapat kritikan pedas juri, Mas Idayu dan Ajai usai membawa
lagu Sakit dan Sang Saka Biru bersandarkan tema Hip Hop/Dance.

Turut tersingkir adalah pasangan duo Tom dan Fuad Rahman yang menyampaikan lagu Papa Jahat dan Malam Pagi yang sekadar meraih markah sebanyak 342.6.

Mereka juga menerima kritikan juri apabila dianggap hambar selain kurang memuaskan.

Turut berputih mata, Rayyan Bakery dan adiknya Adam Bakery juga pulang kehampaan dengan markah tercorot sebanyak 308.7

Sementara itu, pasangan Adira dan Emma pula meneruskan kecemerlangan apabila menjuarai minggu ketujuh dengan markah 365.2 seterusnya melayakkan diri ke pentas akhir.

Mereka yang memilih lagu Side To Side dan Haa Tepok sekaligus memenangi ganjaran wang tunai RM10,000.

Minggu akhir Famili Duo minggu hadapan bertemakan Bebas, Vokal Berkumpulan dan Duo Popular.

Program realiti membabitkan pasangan yang mempunyai pertalian kekeluargaan terbitan TV3 mula bersiaran sejak 15 Oktober lalu.

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian Tonton membabitkan 30 peratus.

Minggu depan , tiga pasangan duo bakal merebut takhta juara FD3 yang menawarkan hadiah berjumlah RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI