fbpx

Ramai nak ‘switch’ suami dengan Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI wanita yang cari dengan layanan diberikan Dini buat isterinya, Janna Nick.

JARANG sungguh Diva dengar orang nak bertukar suami, selalunya hanya kisah cerai sahaja tetapi kali ini berbeza.

Semuanya gara-gara layanan tahap ‘permaisuri’ yang diberikan Dini kepada isteri tercinta, Janna Nick seperti yang dikongiskan dalam sebuah video aktres itu.

Dalam video berkenaan, Dini dilihat membantu Janna menanggalkan solekan yang ketika itu baru pulang daripada terlibat dengan sebuah program hiburan.

Bukan sahaja memberi layanan baik, nada suara Dini ketika berbual dengan isteri juga membuatkan ramai wanita cemburu, lembutnya!

“Kalau bakal suami aku tak macam Dini, nak pulangkan semula pada ibunya.

“Lembutnya Dini bercakap dengan Janna. Nak tukar suami boleh tak?.

“Untung Janna dapat suami macam Dini, jaga elok-elok!” demikian antara komen netizen.

Nampaknya Dini menjadi perhatian ramai, jaga suami baik-baik ya Janna sebab zaman sekarang ramai spesies penyondol.

DIVA: Siapa yang akan ‘tersungkur’ pada konsert suku akhir All Stars Gegar Vaganza malam ini? Adakah Aliff Aziz?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI