fbpx

PRK Kemaman: Beri peluang kepada calon BN, peroleh ‘untung’ berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf selepas Merasmikan Karnival Kesihatan dan Jualan Agro Madani 2023 di Taman Bandar Senawang, Seremban hari ini.-Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Pengundi di Parlimen Kemaman perlu memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini sekali gus mendapatkan ‘keuntungan’ berganda.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekiranya pengundi inginkan ‘untung’ perlulah mengundi wakil mereka Dewan Rakyat yang bersama dengan Kerajaan Perpaduan.

“Ini semua untuk kebaikan pengundi, jadi pengundi di Parlimen Kemaman perlu menggunakan kebijaksanaan dan jangan terlalu ikutkan emosi. Kalau mahu untung, perlu bersama dengan kerajaan Pusat dan pelbagai kementerian nanti akan dapat berikan kemudahan kepada rakyat Kemaman melalui wakil Dewan Rakyat yang duduk bersama di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Itu penting supaya kita tidak rugi, kita mesti jadi pemilih yang bijaksana, sudah ada wakil dari negeri dan kerajaan negeri tidak terjejas pun, jadi di Parlimen pilihlah wakil yang bersama Kerajaan Pusat kerana yang untungnya nanti kita (pengundi),” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Karnival Kesihatan dan Jualan Agro Madani 2023 di Taman Bandar Senawang di sini hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, BN kini sedang sedaya upaya menyantuni seramai mungkin pengundi di Kemaman meskipun berdepan dengan kekangan keadaan cuaca.

“Kami akan cuba sedaya upaya walaupun kalah dalam pilihan raya umum yang lalu. Kami akan yakinkan rakyat mengenai pa baiknya pengundi di Kemaman memberi kerusi Parlimen ini kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI