fbpx

PM umum insentif sempadan, pengecualian visa untuk negara tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa penambahbaikan dengan dua negara jiran selain beberapa negara di rantau tertentu.

Ia antaranya melibatkan pengecualian visa selama 30 hari untuk pelawat dari China dan India selain negara-negara rantau Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan mulai 1 Disember depan.

Walau bagaimanapun beliau memberi jamian bahawa ada tapisan keselamatan untuk pelancong itu agar tiada kebocoran kemasukan melibatkan penjenayah dan pengganas.

“Langkah ini bakal beri lonjak hubungan kerjasama strategik,” katanya yang juga Presiden PKR ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional Tahunan Ke-17 parti itu di sini.

Inisiatif berkenaan tegasnya, selaras ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan China dan negara-negara sahabat di Timur Tengah untuk datang bercuti di Malaysia.

Terdahulu, beliau juga mengumumkan hubungan dengan Singapura dipertingkatkan lagi malah sentimen prasangka isu lama yang pernah berlaku sebelum ini akan dibenamkan.

Justeru, menteri bagi hal ehwal ekonomi kedua-dua negara ujar beliau, akan meneroka kerjasama lebih pesat terutama projek zon ekonomi di sempadan yang bakal diwujudkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI