fbpx

PKR buka tempahan duit peringatan sempena 25 tahun penubuhan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Ke-25 penubuhan parti PKR pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat julung kalinya mula memperkenalkan duit peringatan khas bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan parti berkenaan.

Menurut Pengerusi Sambutan Jubli Perak PKR, Wong Chen, syiling tersebut ditempa khusus oleh sebuah syarikat pembuatan aloi logam terkenal dunia, Royal Selangor di ibu negara.

“Saya berharap semua ahli parti akan sokong dengan beli kerana ia sebahagian sejarah kita sendiri,” katanya berucap pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-17, di sini tadi.

Parti itu ditubuhkan pada 4 April 1999 dengan nama asal Parti Keadilan Nasional setelah mengambil alih sebuah badan tempatan yang dikenali Ikatan Masyarakat Islam Malaysia.

Ia dibentuk susulan kemelut politik tanah air setahun sebelum itu dan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia kemudian dijenamakan semula sebagai PKR pada 3 Ogos 2003.

Mengulas lanjut, Wong yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menambah, idea penghasilan duit khas itu dicetuskan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.

“Presiden kita akhirnya bersetuju memilih gambar memaparkan detik ikonik permulaan gerakan Reformasi yang bermula di Kuala Lumpur pada 20 September 1998,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI