SHAH ALAM – Pengumuman penting berkaitan ekonomi dijangka akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Putrajaya, Petang ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia dipercayai mempunyai kaitan untuk melonjakkan ekonomi negara dalam kadar segera.
“Saya difahamkan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting pada petang ini yang membantu melonjakkan ekonomi negara.
“Namun, saya tidak boleh berikan apa yang akan diumumkan itu. Saya yakin ia akan disambut baik oleh industri serta sektor ekonomi negara kita,” katanya ketika berucap pada perasmian sempena Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2023 di sini, hari ini. -KOSMO!ONLINE