fbpx

Pengguna TikTok didakwa tawar RM5 juta bunuh PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kamil

PUTRAJAYA- Seorang pengguna media sosial tempatan menawarkan habuan wang tunai RM5 juta bagi sesiapa berjaya membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim ketika ditemui pemberita pada kongres parti tersebut di sini hari ini.

“Dia menggunakan akaun tulen atas nama Jaiadani89 yang memaparkan video menerusi aplikasi TikTok mengugut Perdana Menteri dengan ganjaran lumayan.

“Hantaran tersebut disedari saya pada pukul 9.30 pagi tadi ketika mengikuti acara tahunan parti berkenaan,” katanya tadi.

Susulan itu, Pegawai Khasnya, Mohamad Syazreen Ezam Mohd. Saidi telah membuat laporan terus di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini kira-kira pukul 1.43 tengah hari.

Berdasarkan hantaran itu, Muhammad Kamil percaya individu berkenaan cuba menyebarkan sentimen kebencian dan hasutan kepada rakyat atas motif berbaur politik.

Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut kerana kes itu jelas di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“AMK berasa kesal dengan ancaman keras sebegini kerana jika tidak dikawal dibimbangi boleh memusnahkan sistem sosial tanah air yang terdiri masyarakat majmuk,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI