fbpx

Martabatkan hoki fokus utama Subahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBAHAN (tengah) kekal menggalas jawatan Presiden MHC bagi penggal ketiga berturut-turut sehingga 2027 nanti. - MHC

PETALING JAYA – Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal akan mencari formula untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap sukan hoki tanah air yang sentiasa dianggap antara yang terbaik di dunia.

Subahan mempertahankan jawatannya bagi penggal ketiga berturut-turut dengan kali ini untuk tempoh 2023 hingga 2027 selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MHC ke-67 di Menara Perkeso, Putrajaya semalam.

“Kita mempunyai tanggungjawab dan paling terdekat adalah memastikan pasukan hoki lelaki dan wanita yang akan bertanding di kelayakan Olimpik Paris awal tahun hadapan dapat tampilkan aksi terbaik.

“Kita akan cuba mewujudkan lebih banyak pertandingan peringkat antarabangsa di Malaysia. Ini salah satu cara untuk mengangkat hoki ke tahap lebih tinggi bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap sukan ini di Malaysia,” katanya.

Subahan juga berpendirian untuk kekal membentuk kerjasama baik dengan setiap pihak sama ada yang bertanding dalam pemilihan kali ini ataupun tidak dalam usaha mengangkat martabat hoki ke satu tahap lebih tinggi.

“Jawatan hanya jawatan tetapi yang lebih utama adalah tugasan atau tanggungjawab. Apa yang MHC mahukan adalah satu keluarga yang harmoni dan boleh bekerjasama untuk terus maju ke hadapan.

“Cabaran pastinya lebih hebat, jadi kami perlukan satu keluarga yang kuat, bersatu padu, bekerjasama. Untuk saya, semua adalah pemenang kerana setiap daripada mereka telah melakukan tanggungjawab serta tugas masing-masing.

“Saya akan mencari satu formula bagaimana untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk melantik mereka memegang jawatan-jawatan dalam jawatankuasa tertentu yang ada nanti,” jelasnya.

Jawatan Timbalan Presiden MHC Lelaki dan Wanita kekal menjadi milik Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak serta Datin Mary Sadiah Zainuddin selepas kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Lima Naib Presiden lelaki menjadi milik Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh, Datuk Mohd. Saiyuti Abd Samat, Shurizan Mansor, S. Ganesan dan Hasnizam Hassan, manakala Rogayah Mohamad serta Zaililah Md. Tahir untuk Naib Presiden wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI