fbpx

Lancar baca al-Quran di usia 102 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halipah dan cucunya, Norazizah menunjukkan tahun kelahirannya pada 1921 ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Ladang, Gemas baru-baru ini. – NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Meskipun usianya sudah mencecah 102 tahun, seorang wanita masih lancar membaca al-Quran iaitu ayat Kursi sebaik diminta.

Malah, Halipah Hasan yang berasal dari Kampung Kuala Jempol, Bahau di sini tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, selain keadaan fizikalnya yang tidak dapat bergerak lancar selepas terjatuh tiga tahun lalu.

Halipah yang mesra dipanggil wan berkata, dia sering mengamalkan bacaan ayat Kursi pada waktu malam sebelum tidur dan juga urusan harian.

“Biasanya wan tidur pada pukul 8.30 malam dan bangun kira-kira pukul 3.30 pagi. Pada usia begini, wan tidak susah hati pun.

“Wan rasa bahagia sekarang sebab makan minum dijaga dengan baik oleh satu-satunya anak (Saedah Pendek) dan cucu (Norazizah Mat Ripin),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang, Gemas di sini baru-baru ini.

Ditanya mengenai petua memiliki umur yang panjang, Halipah memberitahu, dia mengamalkan meminum air kunyit yang dicampur halia sejak muda lagi.

Sementara itu, cucunya, Norazizah, 40, berkata, sejak kecil dia tidak pernah berenggang dengan ibu serta neneknya dan turut meletakkan syarat kepada bakal pasangannya untuk bersama-sama menjaga mereka.

Wanita itu juga membawa kedua-dua mereka berpindah ke Gemas 15 tahun lalu walaupun sudah kematian suaminya pertama akibat kemalangan.

“Saya memang sayangkan wan dan emak. kami tidak boleh berpisah lama. Mujur suami (perkahwinan kedua) memahami dan kami bersama-sama menjaga wan dan emak,” katanya.

Halipah mempunyai empat anak, namun hanya seorang daripada mereka iaitu Saedah yang juga ibu Norazizah masih hidup. Halipah juga memiliki 19 cucu dan 18 cicit.

“Mereka (cucu dan cicit) kerap jenguk wan. Kalau dengar anak, cucu dan cicit mengaji Quran tidak tepat, wan akan memperbetulkan bacaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI