ATHENS, GREECE – Sebuah kapal kargo berbendera Comoros dengan 14 kru dilaporkan karam di luar Pulau Lesbos ketika angin kencang, kata Pengawal Pantai Greece hari ini.
Ia mendorong operasi menyelamat besar-besaran dilakukan.
Saluran televisyen milik kerajaan, Ert melaporkan bahawa helikopter tentera laut telah menyelamatkan seorang kru kapal.
Misi tersebut turut disertai oleh lima kapal kargo lain, tiga kapal Pengawal Pantai, helikopter tentera udara dan laut serta sebuah frigat tentera laut.
Agensi Berita Athens (ANA) melaporkan bahawa kapal kargo itu membawa 14 anak kapal dan sarat dengan muatan garam.
Memetik Pengawal Pantai, ANA melaporkan, ia karam ketika berada 8.3 kilometer di barat daya Lesbos awal hari ini.
Kapal berkenaan sedang belayar dari Dekheila di Mesir menuju ke Istanbul, Turkiye. – AFP