fbpx

Kajian menyeluruh atasi banjir kilat di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Young Syefura (dua dari kiri) bersama Nik Nazmi ketika melakukan tinjauan di Bukit Tinggi hari ini.

PETALING JAYA – Kajian menyeluruh akan dibuat oleh pihak Jabatan Perngairan dan Saliran (JPS) bagi kerja-kerja mitigasi yang diperlukan untuk seluruh daerah Bentong, Pahang khususnya kawasan berisiko tinggi banjir seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, satu mesyuarat tergempar telah dilakukan pagi tadi di Balai Polis Bukit Tinggi dengan kehadiran Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Turut bersama Dato Syahid Pegawai Daerah Bentong, Datuk Syahid.Menteri telah pun mengambil maklum tentang punca kepala air yang menyebabkan runtuhan cerun, kerosakan jalan dan merosakkan pelbagai harta benda penduduk yang menjejaskan aktiviti harian dan ekonomi mereka sebagai kawasan pelancongan.

“Kajian menyeluruh akan dibuat oleh pihak JPS bagi kerja-kerja mitigasi yang diperlukan untuk seluruh Daerah Bentong khususnya untuk kawasan berisiko tinggi seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam masa yang sama, jelas Young Syefura, kerja-kerja baikpulih segera cerun dan jalan serta kerja pembersihan dan pendalaman sungai akan dilakukan oleh pihak JKR dan JPS buat sementara waktu sebelum pelan baikpulih jangka panjang dilakukan.

“Saya juga telah meminta siasatan dilakukan segera bagi melihat sekiranya terdapat penerokaan haram hutan simpan di atas bukit dan kemungkinan sekiranya terdapat kawasan takungan hujan yang berpotensi menyebabkan kepala air setiap kali berlaku hujan lebat.

“Buat masa ini hanya satu jalan yang boleh digunakan ke Kampung Janda Baik iaitu dari jalan lama Bukit Tinggi iaitu laluan menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, lLaluan jalan lama dari Genting Sempah ke Janda Baik ditutup dalam tempoh lima hari untuk kerja-kerja pembersihan. Manakala laluan dari Balai Polis Bukit Tinggi ke Janda Baik ditutup buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak kerana berlaku keretakan jalan akibat banjir kilat yang berlaku malam tadi.

“Kepada semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu dan berwaspada dengan keadaan sekeliling,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa kawasan di Bukit Tiggi dilanda banjir kilat malam tadi menyebabkan beberapa jalan dinaiki arus deras sehingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan harta orang awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI