fbpx

Juara keseluruhan CP150 sah milik Akid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akid (tengah) dinobatkan juara keseluruhan bagi kategori CP150 pada Pusingan 10, Kejuaraan Cub Prix 2023 di Batu Kawan, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pelumba Petronas Sprinta Yamaha- CKJ Racing, Md Akid Aziz dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP150 pada Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia 2023 yang melabuhkan tirainya di litar Stadium Batu Kawan, hari ini.

Dalam Pusingan 10 itu, Md Akid memperoleh masa 16 minit 52.101 saat (s) mendahului rakan pasukan Afif Amran (16 minit 52. 290s) diikuti tempat ketiga, Azroy Hakeem Anuar (16 minit 59.069s).

Md Akid berkata, dia begitu gembira dengan pencapaian keseluruhan yang diperolehnya pada Kejuaraan Cub Prix 2023 apatah lagi berjaya membantu rakannya, Afif untuk mencapai kemenangan bersama.

“Memang plan (rancang) hendak tarik Afif ke depan dan ianya menjadinya. Memang saya nak bantu Afif untuk dapatkan juara keseluruhan pasukan pada aksi akhir kali ini.

“Waktu itu, saya pusing ke belakang tengok Afif dah ke depan. Saya teruskan ke depan dan cuba tarik Afif supaya orang belakangnya tidak menganggu,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Akid, 25, mula berkecimpung dalam sukan permotoran sejak berusia lima tahun dengan memiliki ‘pocketbike’ menjejaki dunia profesional melalui Malaysia Cub Prix ketika berusia 14 tahun menerusi kategori OMR Honda wave.

Bagi kategori CP125, Md Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team berjaya meraih juara keseluruhan manakala rakan pasukannya, Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam ditempat kedua dan ketiga, Md Hafiza Rofa dari ONEXOX TKKR Racing Team. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI