fbpx

Cub Prix: Afizi tunai janji raih mata buat Pink Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFIZI yang memulakan aksi di petak ke-17 berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 untuk meraih mata buat Pink Racing pada aksi di Batu Kawan sebentar tadi.

PELUMBA pasukan Tobaki Cilik Pink Racing, Afizi Supaat menunaikan janji apabila menamatkan perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan kutipan mata sebentar tadi.

Afizi yang memulakan saingan di petak ke-17 menampilkan perlumbaan cukup baik apabila berjaya mencari ruang untuk meloloskan diri sebelum menamatkan saingan kelas perdana CP150 tersebut di kedudukan ke-15.

“Saya sebenar tadi berada dalam kelompok terbaik dan yakin mampu tembus 10 teratas. Tetapi, ada pelumba hadapan saya sedikit mengganggu rentak. Saya telah berikan sehabis baik dan akhirnya dapat kutipan mata pada hari. Saya cukup gembira apa yang kami capai hari ini,” katanya.

Pemilik pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar berkata, dia berbangga dengan keputusan tersebut selepas dua pelumbanya, Harith Farhan dan Qhuwarismi Nasir gagal menamatkan saingan.

“Saya sangat lega apabila kami berjaya menamatkan perlumbaan terakhir ini dengan kutipan mata dan agak mengejut Afizi akhirnya tamatkan saingan di kedudukan ke-15.

“Pada saingan tadi, sangat sengit kerana dua pelumba kami berdepan masalah apabila Harith jenteranya mengalami kerosakan dan Qhuwarismi pula terlibat dalam kemalangan.

“Apapun, tahniah kepada semua pelumba kerana mereka telah lakukan yang terbaik sepanjang perlumbaan musim ini,” katanya.

Sementara itu, pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing terus menamatkan saingan kelas perdana tersebut dengan kegembiraan selepas menamatkan saingan di kedudukan 1-2.

Akid Aziz yang telah menjuarai CP150 tersebut di Tangkak, Johor sekali lagi tampil cemerlang apabila Batu Kawan selepas menjuarai perlumbaan itu.

“Untuk musim terima kasih kepada pasukan saya CKJ, mekanik dan tahun ini tahun paling sempurna sebab kerana sembilan podium dalam saingan CP150.

“Memang tak pernah dalam karier saya dapat keputusan seperti ini. Apapun, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya,” kata Akid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI