fbpx

Cuaca mendung, hujan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi ini melaporkan keadaan hujan masih lagi sedang berlaku melibatkan beberapa kawasan di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam laporan kaji cuacanya berkata, di semenanjung pada pagi ini menunjukkan kawasan di Kota Baru, Kelantan ketika ini masih lagi menerima keadaan hujan lebat secara berterusan.

Selain itu katanya, kawasan lain melibatkan bahagian utara dan juga pantai timur semenanjung pula dilihat berada dalam keadaan mendung.

“Hujan masih lagi berpotensi untuk berlaku untuk sepanjang hari ini. Sementara itu bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor pula hujan lebat beserta ribut petir masih lagi berpotensi untuk berlaku di kawasan terbabit menjelang petang nanti.

“Bagi negeri Sabah dan juga Sarawak pula diperhatikan keadaan cuaca adalah cerah bagi negeri Sabah manakala untuk negeri Sarawak hujan masih lagi sedang berlaku sejak dari lewat malam tadi melibatkan bahagian Sibu, Sarikei, Mukah, Seri Aman dan Kapit,” jelasnya.

Katanya, keadaan itu dijangka beransur reda menjelang lewat pagi nanti.

Sementara itu katanya, imej carta angin semasa ketika ini masih lagi menunjukkan keadaan angin di rantau negara yang didominasi oleh angin dari arah Timuran dengan kelajuan angin boleh mencecah sehingga 50 kilometer per jam.

Katanya keadaan itu menyebabkan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 4.5 meter.

“Oleh itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan juga laut bergelora kategori pertama dan juga kedua dan dalam tempoh amaran ini iaitu sehingga 28 November nanti kawasan perairan terbabit masih lagi berbahaya untuk semua aktiviti perkapalan dan juga pantai.

“Sementara itu angin Timuran tersebut juga masih lagi boleh membawa kelembapan yang tinggi berpotensi membawa keadaan hujan lebat berterusan terutamanya melibatkan bahagian Utara dan juga pantai timur Semenanjung,” katanya.

Susulan itu juga katanya, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran hujan berterusan bagi kawasan berpotensi sehingga ke hari esok.

“Oleh itu, orang awam di kawasan yang terlibat diminta untuk lebih berhati-hati dan juga sentiasa peka dan berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang berpotensi berlaku di kawasan anda,” ujarnya- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI