MENDENGAR seorang Cina boleh bertutur bahasa Tamil sudah membuatkan kita kagum, apatah lagi kala melihat sosok berdarah Tionghoa hidup sebati dalam keluarga etnik Chetti di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka. Hubungan K. Suppiah Pillay, 74, dan David Chan, 76, tidak tumpah seperti adik-beradik yang dilahirkan dari rahim sama, menyusu dari badan ibu yang sama. David memanggil Suppiah dengan perkataan ‘adik’ dan Supiah memanggilnya ‘abang’. David bahkan memanggil ibu Suppiah, mendiang Kamachi Raja, sebagai ‘emak’ yang dituturkan dalam bahasa Melayu kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya