PETALING JAYA – Sejumlah 42.7 peratus atau 10.464 juta daripada jumlah keseluruhan 32.7 juta rakyat Malaysia dicatat sebagai penonton kepada siri kartun atau lebih dikenali sebagai anime.
Menurut satu kajian yang dilakukan world Population Review, Suki Desu, jumlah tersebut sekali gus meletakkan Malaysia berada di tangga ke lapan penonton anime teramai di dunia.
Melalui kajian tersebut juga, Jepun mencatatkan penonton anime teramai di dunia apabila 75.87 peratus penduduknya adalah penonton siri snime terutamanya yang dihasilkan syarikat produksi di sana.
Berada di tangga ke dua adalah Amerika Syarikat (AS) dengan 71.86 peratus daripada keseluruhan rakyat mereka sebagai penonton siri anime.
Manakala, sebuah lagi negara Asean iaitu Filipina pula berada di tangga ke tiga penonton anime paling ramai di dunia apabila mencatatkan 70.58 peratus daripada rakyatnya sebagai penonton anime. – KOSMO! ONLINE