fbpx

Syamsul Yusof muat naik gambar seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL YUSOF

PETALING JAYA – Pengarah sensasi Syamsul Yusof mengundang tanda tanya ramai apabila memuat naik kapsyen menzahirkan rasa syukur seorang diri.

Meskipun Syamsul, 39, hanya berkongsi satu perkataan, perkara tersebut cukup membuatkan netizen tertanya-tanya makna di sebaliknya.

“Alhamdulillah,” tulis pemilik nama penuh Mohd Syamsul Mohd. Yusof itu ringkas.

Menerusi hantaran sama, dia juga hanya memuat naik fotonya menyaksiakan dirinya sendiri tanpa dikelilingi sesiapa.

Imbas semula, nama Syamsul sering menjadi bahan bualan ramai dan paling terbaharu ialah khabar angin sudah bercerai dengan Ira dan hubungan istimewa dengan Irene Deannaa.

5 Januari lalu, pengarah filem Munafik itu sah bergelar suami kepada Ira dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI