fbpx

Pesta gol bukan sasaran Sang Kenari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI mengingatkan anak-anak buahnya untuk fokus meraih tiga mata, bukan jumlah jaringan diburu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam esok.

ALOR SETAR – Di atas kertas, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) jelas tidak berdepan masalah untuk berpesta gol apabila menentang Kelantan FC, namun ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain nyata tidak berminat untuk menjadikan perkara itu sebagai sasaran buat para pemain Sang Kenari malam esok.

Menurut Nafuzi, fokus anak-anak buahnya tidak seharusnya terganggu dengan sasaran sedemikian, sebaliknya berusaha memberikan yang terbaik sepanjang 90 minit permainan bagi memastikan tiga mata dirangkul kemas di tempat lawan.

Katanya, KDA FC tidak mampu untuk keciciran sebarang mata ketika ini dalam usaha mereka meraih kedudukan kedua Liga Super, sekali gus menempah tiket ke pentas Asia musim depan.

“Sasaran utama kita nak tiga mata saja. Berapa jaringannya tak kisah sangat tetapi yang penting, kami mahu menang.

“Itu misi paling penting untuk terus mencapai impian beraksi pada Piala AFC musim depan. Apa yang penting tiga mata dapat kami kutip dalam setiap perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

KDA FC ketika ini berada di kedudukan ketiga liga setelah ketinggalan dua mata di belakang Selangor FC, manakala Kelantan FC terperosok di tangga tercorot liga dengan pasukan dari Pantai Timur itu turut mencatatkan rekod bolos lebih 100 gol dalam saingan liga.

Mengulas lanjut Nafuzi ber­kata, cabaran Kelantan FC tidak seharusnya dipandang rendah dan diambil mudah oleh para pemainnya.

“Kita tetap perlu melakukan persediaan seperti biasa dan fokus sepenuhnya semasa perlawanan. Tiada perlawanan yang tak penting kerana kalau kami seri sekali pun, peluang untuk layak ke Piala AFC sudah boleh dianggap tertutup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI