fbpx

Pemuda pesan makanan hantar rumah gadis kerana cinta tidak berbalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYANI (kiri) menerima 22 makanan yang dihantar ke rumahnya di Bogor sehingga pagi kelmarin. - Foto Istimewa

JAKARTA – Seorang gadis menerima sebanyak 22 makanan menerusi khidmat penghantar makanan di rumahnya di Pabuaran, Bogor setelah seorang pemuda membalas dendam terhadap mangsa kerana cintanya ditolak, lapor portal berita TribunnewsBogor.com kelmarin.

Alyani Syifa bertemu pemuda itu buat kali pertama pada 19 November lalu di rumah wanita berkenaan. Pemuda itu datang untuk meminta maaf kerana menghantar makanan setelah pertama kali mereka berkenalan di media sosial pada Februari lepas.

Alyani pernah memberitahu lelaki berkenaan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. 

Lelaki yang dikenali sebagai Ulah Wahyu itu pada mulanya mengaku dia ialah anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Namun, Alyani kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati Ulah sebenarnya seorang pengawal keselamatan.

Dalam pada itu, Ulah pun membuat pengakuan bahawa dia yang memesan makanan tersebut supaya dihantar ke rumah mangsa dan mempunyai sebab berbuat demikian setelah kisahnya menjadi tular di media sosial selain membalas komen-komen netizen.

Namun, menurut Alyani, sehingga pagi Khamis lalu, masih ada penghantaran makanan tiba ke rumahnya dan terpaksa mengeluarkan wang untuk membuat bayaran.

Mangsa berhasrat untuk membuat laporan polis selepas pemuda tersebut membuat ancaman terhadap dirinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI