fbpx

Menantu tikam bapa mentua, tuduh intai cucu perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Autsah mendakwa dia sedang membetulkan wayar elektrik ketika kejadian. - ThaiRath

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand menikam bapa mentuanya selepas mendakwa warga emas itu mengintai anak perempuannya mandi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jiran yang menyaksikan kejadian itu di rumah keluarga tersebut di daerah Chai Badan, wilayah Lopburi segera membuat laporan polis pada malam Rabu lalu.

Di lokasi kejadian, polis menemui warga emas berkenaan, Autsah Bornthaisong, 66, dengan kesan tikaman di belakang badan dan lengannya.

Saksi kemudian memberitahu bahawa menantu Autsah, Chaiya Sarmphusi, 37, telah melarikan diri bersama anak perempuannya yang berusia 13 tahun dan lapan tahun selepas menikam mangsa.

Menurut jiran, Chaiya baru sahaja berpindah ke rumah itu selepas berkahwin dengan anak perempuan Autsah, Kewalee Bornthaisong, 35.

Chaiya mempunyai dua anak perempuan dengan bekas isterinya dan dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia empat bulan melalui perkahwinannya dengan Kewalee.

Pada hari kejadian, Chaiya menuduh Autsah mengintai anak perempuannya yang berusia 13 tahun ketika dia sedang mandi. Pertengkaran dua lelaki itu kemudiannya membawa kepada tikaman.

Selepas menerima rawatan, Autsah memberitahu polis bahawa dia membetulkan wayar elektrik ketika kejadian namun Chaiya menyangka dia mengintai anak perempuannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI