fbpx

Mangsa banjir di Kelantan turun 49 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan laluan utama di Kampung Padang Enggang, Pasir Hor di Kota Bharu dinaiki air berikutan hujan berterusan baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini menurun kepada 49 orang setakat pukul 4 petang tadi.

Bilangan itu menunjukkan penurunan daripada 63 orang mangsa pada pukul 8 pagi meskipun hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan sejak awal pagi tadi.

Sekreteriat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, daerah Pasir Mas masih terjejas banjir setakat hari ini.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Puteh yang dibuka pada Selasa lalu ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“49 mangsa daripada 11 buah keluarga di Pasir Mas itu berlindung di PPS SK Tok Deh.

“Sembilan sungai utama di negeri ini menunjukkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras berjaga-jaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI