fbpx

Lelaki tayang ‘anu’ atas motosikal dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP Layar seorang lelaki menayangkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam tular di Facebook.

KLUANG – Seorang lelaki didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menayangkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari menerusi satu video berdurasi 42 saat yang tular dalam laman  Facebook.

Katanya, melalui video itu memaparkan lelaki berkenaan sedang melakukan kelakuan tidak senonoh dan duduk di atas motosikal.

“Kejadian dipercayai berlaku di sekitar pekan Simpang Renggam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan diharap tampil untuk menyalurkan maklumat dimana-mana balai polis berdekatan.

Ujarnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI