fbpx

‘Kami sedih, mohon jangan tular gambar mendiang ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di rumah warga emas yang maut dirempuh ketika sarapan di Taman Satelit, Bahau, hari ini.

JEMPOL – Anak wanita warga emas yang maut dirempuh ketika bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau, semalam memohon agar orang ramai tidak menularkan gambar kejadian melibatkan mendiang ibunya.

Dalam kejadian itu, mangsa, Tan Joo Lan, 75, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Anak perempuan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berharap orang ramai memahami kesedihan yang sedang dialami keluarga mereka ketika ini.

“Kejadian ini tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga lebih-lebih lagi mendiang ibu kerap bersarapan di situ bersama bapa sejak sekian lama. Boleh dikatakan kedai kegemaran mereka berdua.

“Buat masa ini, keluarga pemandu warga emas yang merempuh telah menghubungi keluarga kami untuk membuat pertemuan bagi permohonan maaf dan menyelesaikan hal berkenaan secara baik.

“Kami sekeluarga bersedia untuk bertemu supaya keadaan tidak lagi dipanjangkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Satelit, Bahau, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika berada di sebuah kedai makan di Taman Meranti pada Jumaat.

Difahamkan, suami mangsa yang bertongkat berada di lokasi kejadian dikatakan tidak berganjak walaupun mayat isterinya sudah dibawa ke Hospital Jempol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pemandu kereta berusia 78 tahun merupakan pelanggan tetap kedai makan di situ hampir setiap pagi.

“Dia tidak ditahan reman dan diberikan jaminan polis setelah siasatan selesai. Pemandu disyaki cuai dan gagal mengawal kenderaan lalu merempuh orang awam yang sedang makan di kedai makan. Pemandu juga tiada rekod jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI