fbpx

JKM Perak kesan ibu bapa tinggalkan 4 anak di Kampung Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT beradik yang ditinggalkan di sebuah pondok pengawal di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah baru-baru ini

BUKIT GANTANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak masih mengesan ibu bapa kepada empat kanak-kanak berusia 10 bulan hingga 11 tahun yang ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah semalam.

Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin berkata, pihaknya memberi perhatian secara khusus kepada hal ehwal kanak-kanak tersebut yang terlibat dalam kes tersebut.

“JKM telah mengambil beberapa tindakan termasuk mengesan ibu bapa mereka.

“Pada masa ini, empat kanak-kanak itu sedang menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sihat. Berdasarkan pemerhatian awal mereka dalam keadaan baik,” katanya selepas merasmikan Program Sambutan Hari Kanak -kanak Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi di sini hari ini.

Nor Tipah (empat dari kiri)menyampaikan pingat kepada murid -murid sekolah yang memenangi pertandingan yang diadakan di SK Sungai Tinggi hari ini. – Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

Nor Tipah berkata, pihaknya turut membuat semakan berkaitan empat kanak-kanak itu yang mana tiga daripada mereka dikatakan tidak mempunyai dokumen.

“Kita sedang ambil langkah kenal pasti secara mendalam maklumat keluarga mereka. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang prihatin terhadap kanak-kanak ini,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, tidak diketahui apa puncanya, empat kanak-kanak termasuk seorang perempuan ditinggalkan di hadapan sebuah kompleks kerajaan pada pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata, kehadiran mereka disedari pengawal keselamatan setelah ditinggalkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota di hadapan pondok pengawal.

“Hasil pertanyaan ke atas kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan mereka dihalau dari rumah oleh nenek sebelum dihantar ke kompleks tu dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali,” katanya Hafezul.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI