fbpx

18 projek sakit Kementerian Kerja Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (kanan) mendengar taklimat Chukai Sentral di Chuka, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebanyak 18 projek yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikategorikan sebagai ‘projek sakit’.

Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak tiga daripada 18 projek tersebut terpaksa ditamatkan dan dibuat tender semula ekoran ketidakmampuan kontraktor terlibat melaksanakannya.

“Dalam mesyuarat bulan lalu, kita telah mengenal pasti sebanyak 18 projek dikenal pasti projek sakit.

“Bagaimanapun, peratusan projek sakit ini amat rendah iaitu hanya 2.46 peratus berbanding lebih 97 peratus projek berjalan lancar,” katanya selepas meninjau projek pembinaan Chukai Sentral bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu di sini hari ini.

Abdul Rahman memberitahu, sebahagian projek dilaksanaan KKR dapat dilaksanakan lebih cepat daripada tempoh ditetapkan.

Beliau yang juga Pengerusi Projek Sakit berkata, antara faktor berlaku kelewatan projek adalah disebabkan kesilapan kontraktor melakukan pengiraan kos projek.

“Mungkin masa itu sesuai dengan harga yang ditender, namun berlaku faktor luar jangka seperti kekurangan pekerja dan permintaan tinggi.

“Ia menyebabkan kontraktor terpaksa membayar lebih dan akhirnya mereka terputus modal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI