fbpx

[VIDEO] Terlihat ceria padahal hampir gila – Isteri pertama Abang Tesla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Nurmajdina (kiri) pada TikTok, manakala gambar kanan ialah Abang Tesla bersama dua isteri.

PETALING JAYA – Video dimuat naik isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari menerusi aplikasi TikTok mengundang tanda tanya orang ramai berhubung situasi terkini yang dihadapi wanita tersebut.

Menerusi kapsyen video itu, Nurmajdina menulis, ‘terlihat ceria padahal hampir gila’ yang memaparkan dia berada dalam kereta seorang diri.

Pada video sama juga, wanita itu menaip, ‘I’m okay, I’m fine gwenchana, teng neng neng neng’ menerusi audio yang trending di TikTok pada masa ini.

Dalam pada itu, orang ramai memberikan kata-kata semangat kepada Nurmajdina dalam menghadapi ujian rumah tangga.

“Ya Allah kurniakanlah zuriat kepada wanita hebat ini agar segala sedihnya terubat, segala kekuatannya terbalas,” komen Syafiqahieqa.

“Saya dulu hampir dimadukan. Tapi saya memilih untuk bercerai. Alhamdulillah, sekarang saya dah ‘happy’ dengan suami baharu. Kita berhak buat keputusan dan memilih,” komen Araaa.

“Maaf jujur cakap, saya tak sekuat kamu. Mungkin kalau saya di tempat kamu, mungkin saya memilih untuk pergi,” ujar MyraMUA.

Pada September lalu, pempengaruh media sosial, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry mendedahkan wajah isteri keduanya sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya sebelum ini, sekeping gambar dimuat naik Abang Tesla bersama kedua-dua isterinya sebelum berangkat menunaikan umrah dan melancong ke Turkiye. – KOSMO! ONLINE

@n.majdinaI’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng 🫶🏻❤️♬ original sound – Nurmajdina Jamari

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI