fbpx

[VIDEO] ‘Mat salih’ buat hal di konsert Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bukan warga Malaysia ditarik keluar oleh pengawal keselamatan selepas membuat kecoh ketika berada di konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.

PETALING JAYA – Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Rabu lalu dicemari dengan insiden pergaduhan mulut sehingga tular dalam media sosial semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi 32 saat di aplikasi TikTok, keadaan tegang itu berpunca daripada tindakan menolak pengunjung di hadapan pentas sehingga menimbulkan suasana tegang.

Kumpulan tersebut dikatakan berang selepas perbuatan mereka ditegur orang lain.

Salah seorang daripada mereka dilihat memarahi individu yang menegurnya dan turut mengeluarkan kata-kata kesat dan bersikap rasis.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut terkejut dengan tindak balas warga asing tersebut.

Orang ramai juga mengecam tindakan ‘mat salih’ itu dan menyifatkan dia langsung tidak menjaga sensitiviti ketika berada di negara orang.

“Memang dari awal lagi dia buat gangguan dan potong barisan semasa beratur di luar stadium,” komen Zeus.

“Dia datang dekat tempat saya di depan dan mula menolak orang ramai sebab hendak rakam video,” kongsi Dina Hasyadina.

“Saya kenal lelaki ini sebab dari awal konsert dia nak bergerak ke hadapan dan orang ramai mula mencemuh dia,” tambah Khalisha. – KOSMO! ONLINE

@mintsmints_ This fcker (mats saleh) and the gang out of nowhere tolak tolak and try to menyelit menyelit kedepan in the middle of the concert. #coldplay #musicofthespheresworldtour ♬ original sound – Miss Tulip 🌷

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI