fbpx

Rumah transit PATI diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Sindiket penyeludupan yang menjadikan sebuah rumah di Sungai Ayer Tawar di sini, sebagai transit pendatang asing tanpa izin (PATI) tumpas apabila diserbu polis, Selasa itu.

Ops Pintas kira-kira pukul 8.45 malam itu dijalankan Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) D3 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sumber berkata, serbuan itu membawa kepada penahanan seramai 29 PATI warga Indonesia berusia 24 hingga 42 tahun.

Katanya, dua daripada yang ditahan dipercayai bertindak sebagai penjaga rumah transit tersebut.

“Sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan PATI menerusi jalan laut sejak dua bulan lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan operasi tangkapan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI