fbpx

Rider kantoi beli ‘lesen terbang’ RM1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lesen memandu dibeli oleh suspek dengan harga RM1,200. FOTO IHSAN PDRM

AMPANG JAYA – Penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan selepas didapati menggunakan lesen memandu palsu ketika melalui sekatan jalan raya Op Sekatan Bersepadu sekitar Pandan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki tempatan itu ditahan ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Kemajuan pada pukul 10 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lesen memandu penunggang tersebut adalah palsu.

“Suspek bersama motosikal telah dibawa balik ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, suspek yang berusia 32 tahun itu membeli lesen memandu tersebut menerusi sebuah iklan yang dipaparkan di Facebook sekitar Julai 2021 dengan harga RM1,200.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(g) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI