fbpx

Reformasi undang-undang Malaysia selari objektif Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

PETALING JAYA – Pelaksanaan reformasi institusi dan undang-undang Malaysia adalah selari dengan objektif negara-negara Komanwel.

Perkara itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said selepas menghadiri Sidang Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel, semalam.

Menurutnya, sidang tersebut antara lain memberi tumpuan kepada kedaulatan undang-undang, akses sama rata kepada keadilan, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta beberapa fokus lain.

“Sukacita ingin saya berkongsi bahawa Malaysia telah diberi penghormatan kerana terpilih sebagai antara tiga wakil bagi kumpulan rantau Asia Pasifik oleh Komanwel.

“Dalam mesyuarat ini, saya telah berkongsi bahawa Malaysia telah mengambil langkah melaksanakan beberapa reformasi institusi dan undang-undang, dan usaha berterusan ini adalah selari dengan objektif Komanwel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Azlina turut menyatakan pendirian Malaysia yang komited dalam pengukuhan Komanwel, rantau Asia-Pasifik dari segi aspek reformasi perundangan.

Sejak Januari lalu, satu Pasukan khas Reformasi Institusi yang dipengerusikan Azalina ditubuhkan bertujuan menjalankan kajian serta senarai cadangan membabitkan reformasi institusi untuk dibentangkan kepada Kabinet.

Selain itu, Azalina juga telah melaksanakan sesi libat urus fasa pertama ke arah usaha reformasi pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya bermula Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI