fbpx

Razali tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Iqbal Rosli/KOSMO!

hd: Mahkamah: Razali tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

KUALA LUMPUR – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Terengganu Datuk Razali Idris, tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi bagi menghadapi pertuduhan menghina keputusan institusi kehakiman serta memfitnah badan kerajaan.

Razali tiba di mahkamah pukul 9 pagi dijangka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang mana pertuduhan akan dibacakan di hadapan Hakim, N.Priscilla Hemamalini.

Pada Isnin lalu, media melaporkan Razali memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan yang dipercayai palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam ceramah pilihan raya.

Pada 15 November lalu, SPRM membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu didakwa dikeluarkan Razali.

Sebelum ini, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, laporan terbabit dibuat susulan satu hantaran dalam aplikasi TikTok di atas nama pemilik akaun @wancin11 yang memaparkan kenyataan Razali itu.

Dalam hantaran berkenaan, Razali didakwa mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau sewaktu majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

Beliau menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan serta mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI