fbpx

PRK Kemaman: 393 warga PDRM, ATM tunai tanggungjawab undi pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan memasukkan kertas undi pos ke dalam sarung disediakan SPR di IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebahagian besar 393 pegawai dan anggota polis serta tentera telah selesai menunaikan tanggungjawab mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mulai semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, seramai 45 anggota polis telah membuang undi secara pos di Balai Polis Kijal dan Kerteh di sini semalam.

“Setakat pukul 11 pagi ini, seramai 149 anggota polis mengundi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Balai Polis Pasir Gajah di sini bermula pukul 9.10 pagi tadi.

“Kita jangka semua baki pegawai dan anggota polis yang masih tinggal akan menunaikan tanggungjawab (mengundi) masing-masing sepanjang hari ini,” katanya selepas meninjau proses pembuangan undi secara pos di IPD Kemaman di sini hari ini.

Terdahulu, kertas undi pos tersebut diagihkan kepada anggota dan pegawai terbabit sebelum mereka membuang undi di petak disediakan.

Kertas undi pos berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg undi pos disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mazli berkata, selain itu enam anggota tentera juga layak mengundi secara pos kelmarin manakala tiga isteri mereka pula terlibat dalam pengundian awal di Balai Polis Kijal pada Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI