fbpx

Polis gempur 23 port dadah di Perak, tahan 486 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusri menunjukkan gambar rampasan dadah dan tangkapan sewaktu Operasi Op Tapis Khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Di IPK Perak.FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM55,061.70 selepas menahan 486 individu menerusi Op Tapis Khas di seluruh negeri sejak Isnin hingga kelmarin.

Operasi selama tiga hari itu dijalankan 283 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan melibatkan suspek berusia antara 16 hingga 67 tahun termasuk sembilan warga asing dari Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Katanya, 23 sarang penagihan dadah diserbu dalam operasi itu termasuk di kawasan Felda, Felcra, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan kawasan perumahan serta nelayan.

“Dalam operasi itu, kita turut merampas 235.67 gram heroin, 234.20 gram syabu, 48.71 gram ganja, 10 kilogram daun ketum, 32.45 liter cecair ketum dan 30 pil erimin 5.

“Selain itu, sebuah kereta dan tiga buah motosikal turut disita bersama wang tunai berjumlah RM22,500,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI