fbpx

Penjawat awam di P. Pinang terima bonus setengah bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seramai 3,867 penjawat awam di negeri ini sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila bakal menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000, Disember ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited dalam memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan secara berkesan.

“Sebagai apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam negeri, saya meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji, minimum RM1,000.

“Bayaran BKK ini melibatkan 3,867 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6,045,815.65,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Selain itu, Kon Yeow berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian sebanyak RM300 seorang akan disalurkan kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.

“Pemberian sebanyak RM300 ini juga turut dipanjangkan kepada guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam (TADIS) Pulau Pinang yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM1,005,600.

“Bayaran BKK dan pemberian ini akan dibuat pada Disember 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI