fbpx

Pemburu buaya ditahan tawar rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKT dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu hari ini, kerana disyaki menawarkan rasuah untuk mempercepatkan proses pembaharuan lesen memburu buaya.

KUCHING – Seorang pemburu buaya ditahan reman selama empat hari kerana disyaki menawarkan rasuah untuk mempercepatkan proses pembaharuan lesen memburu buaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menyatakan, Mahkamah Majistret Sibu membenarkan reman bermula hari ini sehingga 28 November nanti ke atas lelaki tempatan berusia 51 tahun itu.

Katanya, reman ke atas Orang Kena Tahan (OKT) dibuat selepas ditangkap oleh SPRM Cawangan Sibu kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, susulan laporan yang diterima daripada pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Wilayah Sibu.

“Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, semasa berada di pejabat SFC Wilayah Sibu, pengadu didatangi oleh OKT dan telah menawarkan wang rasuah sebanyak RM5,500 untuk mempercepatkan proses pembaharuan lesen memburu buaya.

“OKT telah memburu buaya ketika lesen tersebut telah tamat tempoh dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Manakala, OKT diwakili oleh David Allan Sagah & Teng Advocates.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI