fbpx

Pembantu, guru ditahan cabul 15 pelajar OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang pembantu pengurusan murid dan seorang guru yang masing-masing bertugas di dua buah sekolah di Serian diberkas kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas pelajar mereka.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang pembantu pengurusan murid selepas pihaknya menerima 12 laporan yang dibuat oleh penjaga dan guru kepada 15 mangsa pada 16 hingga 22 November lalu.

Menerusi laporan polis itu, penjaga mendakwa anak mereka telah dicabul oleh suspek.

“Mangsa adalah kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 14 tahun aliran pendidikan khas. Mereka adalah orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran, fizikal dan autisme,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap pada 17 November lalu dan kini direman sehingga 1 Disember ini untuk siasatan lanjut.

Mancha menjelaskan, pihaknya turut menahan seorang guru semalam selepas menerima tiga laporan polis daripada tiga mangsa yang berusia 14 dan 15 tahun pada 22 November lalu.

Mangsa mendakwa mereka telah dicabul guru berkenaan yang juga guru penyelaras pengawa di sekolah terbabit.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan reman sehingga 1 Disember ini untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI