fbpx

Muller ‘reject’ Man. United kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MULLER berhasrat untuk kekal beraksi dalam saingan Bundesliga di Jerman. - AFP

MUNICH – Legenda Bayern Munich, Thomas Muller dilaporkan tidak berminat untuk menyertai Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini.

Muller, 34, mengharapkan dapat terus beraksi dalam kancah Bundesliga di Jerman walaupun rundingan kontrak baharunya dengan Bayern berhubung masih belum mencapai kata sepakat antara kedua-dua pihak.

“Saya belum bersedia untuk menggantung but kerana saya mahu bermain setahun lagi. Sekurang-kurangnya itulah pe­rancangan saya buat masa ini.

“Saya masih menikmati setiap minit di atas padang dan saya harap dapat meneruskan perkara ini,” kata Muller sekali gus menamatkan khabar angin mengatakan dia mahu bersara selepas kontraknya berakhir Jun tahun depan.

Difahamkan, Bayern tiada masalah untuk melanjutkan kontrak Muller tetapi gergasi Jerman tersebut tidak dapat memberikan jaminan terhadap minit permainan buat penyerang berpe­ngalaman itu.

Ia sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa kelab-kelab dari Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS) dan juga United bersedia mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat Muller.

Sebagai rekod, The Red Devils pernah menyatakan minat mereka untuk membeli Muller setahun lalu ketika Erik ten Hag baru dilantik sebagai pengurus tetap dari Ajax pada Mei 2022.

Bagaimanapun, Muller yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat kelab dan antarabangsa termasuk Piala Dunia 2014 bersama Jerman, memilih untuk kekal menyarung jersi Bayern. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI