SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan.
“Pada hari Jumaat yang barakah ini, saya umumkan masa untuk parti mewariskan kepada kepimpinan baru telah pun tiba.
“Keputusan saya ini adalah untuk memberi peluang kepada pemimpin pelapis mengambil alih parti menerusi sistem demokrasi,” katanya ketika berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.
Tambah beliau, tarikh pemilihan sesi akan datang akan ditentukan sepenuhnya oleh Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut.
Suasana di konvensyen itu kecoh seketika apabila sebahagian besar lebih 2,000 perwakilan membantah dan terkejut dengan pengumuman itu. – KOSMO! ONLINE