fbpx

Mangsa bunuh hanya boleh merangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT wanita OKU ditutup dengan kain selepas ditemui kaku di dalam bilik sebuah rumah di Sungai Petani pada Isnin lalu.

SUNGAI PETANI – Wanita orang kelainan upaya (OKU) yang mati dipercayai dibunuh pada Isnin lalu hanya merangkak untuk bergerak selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum ini, mangsa yang berusia 29 tahun boleh berjalan dan tinggal bersama ibu bapanya di Taman Bakar Arang, di sini.

“Ibunya meninggal dunia lebih lima tahun lalu, manakala bapa­nya pula ‘pergi’ setahun lepas. Dia mempunyai lima adik-beradik berusia 18 hingga 40-an.

“Selepas kematian bapanya, kakak mangsa yang bekerja sebagai pembantu farmasi mengambil alih menjaga adiknya dan mereka menyewa di sebuah bilik di Bandar Puteri Jaya,” katanya ketika ditemui semalam.

Sejak mangsa berpindah dan tinggal bersama kakaknya, hubungan dengan jiran terputus kerana tidak lagi balik ke sini.
Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita sanggup merahsiakan kematian adik OKU dan tidur bersama mayat itu semalaman kerana panik dan ketakutan.

Mangsa ditemui kakaknya berusia 36 tahun dalam keadaan kaku dengan hidung dan mulut berdarah pukul 7.30 pagi, Ahad lalu. Kejadian itu hanya dilaporkan kepada polis pada pukul 2 petang keesokan harinya.

Terdapat kesan darah pada hidung dan mulut si mati, lebam dan luka pada tubuh mangsa. Kakak mangsa ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui sama ada kematian mangsa disebabkan penderaan atau sebaliknya.

“Kita masih menunggu laporan kimia dan patologi selepas sampel dan laporan bedah siasat dihantar untuk dianalisa di makmal forensik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI