fbpx

Legenda Itali, Valentino Rossi kembali sertai Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI dan Yamaha bersetuju menjadikan pasukan milik legenda MotoGP kelahiran Itali itu sebagai pasukan satelit selama dua tahun bermula 2025 dan 2026.

LONDON – Pasukan milik Va­lentino Rossi, VR46 dikatakan bakal menjadi pasukan satelit Yamaha melalui kontrak dua tahun bermula 2025 dan 2026 selepas melalui perbincangan tertutup minggu lalu di Qatar.

Rossi dan Yamaha tidak asing lagi apabila jaguh MotoGP Itali tersebut menjadi duta Yamaha berikutan kejayaan terbesarnya bersama pasukan Jepun itu.

Kerjasama Rossi dan Yamaha dalam membentuk pasukan satelit turut dikatakan telah mencapai persetujuan apabila syarikat minyak gergasi dari Indonesia, Pertamina Lubricants bersedia untuk menjadi penaja utama mereka mulai musim depan.

Bagaimanapun, tahun depan pasukan VR46 tetap akan menggunakan jentera Ducati namun perubahan tersebut akan berlangsung pada akhir musim 2024 nanti.

Ketika ini, pasukan milik Rossi itu dikenali sebagai Mooney VR46 Racing Team dan nama tersebut akan berubah dengan kehadiran penaja dari Indonesia.

Pasukan VR46 di­jangka berubah dan dikenali sebagai Pertamina Enduro VR46 Racing Team.

Difahamkan, Logo Pertamina Enduro akan dipamerkan pada jentera Luca Marini dan Marco Bezzecchi mulai MotoGP musim 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI