fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis culik jenazah syuhada untuk dijadikan tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki cedera akibat serangan tentera Israel diangkat oleh pemuda lain di Rafa, Gaza semalam. - Foto AFP

 

BANDAR GAZA  – Angka kematian penduduk Gaza meningkat kepada lebih 14,800 orang sejak perang Israel-Palestin  bermula pada 7 Oktober lalu, demikian menurut beberapa pegawai di wilayah Palestin berkenaan semalam, lapor portal berita Al Mayadeen.

Pejabat akhbar kerajaan Gaza mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah kematian penduduk Palestin (setakat semalam) adalah melebihi 14,854 orang termasuk lebih 6,150 kanak-kanak, manakala lebih 36,000 orang cedera akibat pengeboman tentera Rejim Zionis.

Pejabat media kerajaan Hamas juga mengumumkan bahawa lebih 207 doktor, jururawat dan paramedik mati syahid akibat serangan Israel.

Dalam pada itu, jumlah wartawan yang mati syahid adalah melepasi 65 orang.

Sejak tanah perkuburan penuh, satu pengebumian besar-besaran diadakan pada Rabu lalu di Khan Younis untuk puluhan penduduk Palestin yang terkorban semasa pencerobohan berterusan  tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan bahawa tentera penjajah Israel telah menahan Awni Khattab yang merupakan pengarah sebuah klinik perubatan di Khan Younis.

Menurut kenyataan PRCS di laman  X, pihaknya sangat bimbang tentang nasib Awni, manakala keberadaannya sehingga kini masih tidak diketahui.

Tentera Israel  tidak mengecualikan pusat  perubatan dan hotel daripada serangan mereka. Rejim Zionis juga menyasarkan orang awam dan kakitangan perubatan secara sembarangan menerusi serangan udara pada waktu malam sejak perang tercetus 48 hari lalu.

Wartawan Al Mayadeen di Gaza melaporkan bahawa mayat para syuhada telah ditempatkan di tingkat dua hospital dan tentara penjajah Israel bertindak mengambil sejumlah mayat penduduk Palestin yang mati syahid untuk dijadikan tebusan.

Dalam pada itu, seramai 200 pesakit yang cedera bersama kakitangan perubatan masih di Hospital Indonesia, Gaza. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI