fbpx

Ingatkan bergaduh, rupanya kejutan hari lahir cikgu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan sekumpulan pelajar membuat kejutan istimewa sempena hari lahir gurunya

PETALING JAYA – Seorang guru terkejut dan sebak setelah menerima kejutan hari lahir daripada para pelajarnya yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Dalam video yang dimuat naik oleh cikgu @alauddin_yahaya di laman TikTok, pelajarnya sanggup berlakon kononnya sedang bergaduh sebelum membuat kejutan kepada guru kesayangan mereka itu.

“Ini semua akal anak-anak istimewa. Terima kasih atas kejutan,” kata Alauddin dalam ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna di laman TikTok mengakui tersentuh hati melihat kemesraan guru tersebut bersama anak-anak muridnya.

“Banyak kali saya ulang video ini. Nampak cikgu sangat ambil berat tentang anak-anak istimewa ini. Semoga cikgu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” kata Syam.

“Sebaknya, mengalir air mata saya. Selamat hari jadi cikgu, semoga anak-anak istimewa bawah didikan cikgu membesar dengan sihat,” kata Rasman.

“Cerdik anak-anak ini. Walaupun mereka banyak kekurangan, masih boleh fikir untuk buat kejutan dekat cikgu,” kata Wannie.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 58,100 tanda suka dan 1,100,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI