fbpx

Geran RM15 juta untuk usahawan Rural Business Challenge 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah (tengah) melawat gerai jualan selepas melancarkan Majlis Pelancaran Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0) di Anjung Floria hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan dana sebanyak RM15 juta dalam bentuk geran untuk direbut usahawan luar bandar menerusi pertandingan Rural Business Challenge (RBC) 2.0.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, usahawan luar bandar boleh mula mendaftar untuk menyertai pertandingan RBC 2.0 bermula hari ini melalui laman sesawang RBC 2.0, https://rbc2u.com dan tarikh tutup penyertaan adalah 31 Januari depan.

“Permohonan yang dikemukakan akan melalui beberapa proses tapisan dan penilaian secara atas talian serta fizikal bagi memastikan bakal pemenang yang terpilih adalah usahawan desa yang berpotensi.

“Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh usahawan belia luar bandar yang berpotensi di luar sana agar dapat memanfaatkan peluang sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran RBC 2.0 sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) di sini hari ini.

Pada majlis sama, Rubiah turut meraikan 19 usahawan luar bandar yang berjaya meraih jualan produk melebihi RM1 juta menerusi Aktiviti Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) iaitu salah satu aktiviti sokongan di bawah RBC.

Rubiah berkata, 19 usahawan itu adalah antara 25 usahawan RBC 2022 yang berjaya meraih hasil jualan antara RM1 juta hingga RM4.6 juta
selepas 12 bulan tempoh jualan.

Menurutnya, KU1J dilaksanakan melalui aktiviti bimbingan dan pementoran selama 12 bulan bersama konsultan perniagaan dan pemudah cara Richworks International Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI