fbpx

Gadis cuak diintip lelaki baju hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan sekumpulan wanita diekori oleh seorang lelaki berbaju hitam di sebuah pusat beli belah tempatan

PETALING JAYA – Seorang gadis panik setelah diekori oleh seorang lelaki ‘psiko’ berbaju hitam di kawasan parkir pusat beli belah tempatan.

Menurut hantaran @qistiena__ di aplikasi X, lelaki yang mengekorinya itu mengakui mengenalinya dan mempunyai nombor telefon peribadi wanita tersebut.

“Lelaki ini datang dan tunggu saya, lepas itu berlakon mengenali saya. Nasib baik saya dah kunci pintu. Kawan-kawan pun ada dekat situ.

“Seram rasanya. Hati-hati semua. Saya masih trauma dengan apa yang berlaku,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Menurut Qistiena, lelaki tersebut sempat mengambil gambarnya sebelum mengekorinya ke dalam pusat beli belah.

Lebih menakutkan, lelaki ‘psiko’ tersebut juga berulang kali memegang alat sulitnya ketika berbual dengan wanita tersebut.

Tambah Qistiena, dia cuba mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan yang bertugas namun tidak berjaya kerana pengawal tersebut tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

Menurut wanita tersebut, kejadian berlaku Pavillion Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wanita di aplikasi X berasa simpati dengan nasib yang menimpa Qistiena.

Malah, kebanyakannya menasihati para wanita di luar sana agar lebih berhati-hati terutamanya ketika bersendirian.

“Wahai kaum Hawa sekalian, abaikan sahaja lelaki tidak dikenali. Jangan jadi peramah tidak bertempat pula,” kata Waniey.

“Bagus sempat rakam. Peringatan ya, jangan sesekali bercakap dengan orang yang tidak dikenali,” Nizam.

“Patutnya jerit sahaja waktu dia ikut masuk dalam pusat beli belah itu,” kata seorang pengguna lain.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 8,500 tanda suka dan 1,500,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI