fbpx

DUN P. Pinang lulus usul solidariti terhadap Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan usul solidariti untuk rakyat Palestin yang berdepan kekejaman dan kezaliman rejim Zionis.

Usul berkenaan yang dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow diluluskan sebulat suara tanpa sebarang perbahasan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong usul berkenaan.

“DUN Pulau Pinang menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin atas kekejaman dan kezaliman Zionis kepada mereka.

“Saya tidak bercadang untuk menambah lebih banyak memandangkan ucapan perasmian sidang DUN oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah mewakili pendirian kerajaan negeri yang prihatin terhadap isu Palestin,” katanya dalam sidang DUN Pulau Pinang, hari ini.

Sebelum ini, pada 17 November lalu, ketika berucap merasmikan sidang DUN Pulau Pinang, Ahmad Fuzi menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.

Mengulas lanjut, Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, ramai ADUN juga turut serta dalam perbahasan sebelum ini membabitkan isu Palestin serta Exco-Exco kerajaan negeri turut menunjukkan pendirian tegas terhadap kekejaman dan kezaliman yang dihadapi rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI