fbpx

Butiran perjanjian gencatan senjata Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan tentera Israel membedil Gaza, bulan lalu. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang mula berkuat kuasa hari ini pada pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Antara petikan perjanjian tersebut yang didedahkan Briged Al-Qassam tanpa sebarang penapisan ialah:

# Gencatan senjata akan berkuatkuasa selama empat hari bermula pagi Jumaat  (hari ini) disertai dengan pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh Briged Al-Qassam, kumpulan Penentang Palestin serta musuh Zionis sepanjang tempoh gencatan senjata.

# Jet-jet pejuang Israel akan berhenti terbang sepenuhnya di selatan Semenanjung Gaza.

# Semua jet Israel akan berhenti terbang selama enam jam sehari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan) di Bandar Gaza dan utara Gaza.

# Tiga banduan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan untuk setiap seorang tahanan Zionis.

# Dalam tempoh empat hari, seramai 50 banduan Zionis, wanita dan kanak-kanak di bawah umur 19 tahun akan dibebaskan.

# Sebanyak 200 lori  bantuan dan bekalan perubatan akan dibawa setiap hari ke semua kawasan di Semenanjung Gaza.

# Empat lori membawa bahan api dan gas memasak akan bergerak masuk ke semua kawasan di Semenanjung Gaza setiap hari.

Kelmarin, Hamas mengesahkan bahawa gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari yang diusahakan oleh Qatar dan Mesir telah dicapai.

Pengumuman mengenainya dibuat pada akhir mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI