fbpx

Brownies petanda hubungan Mimi Lana, Syafiq Kyle kembali bertaut?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Mimi Lana dan Syafiq Kyle dikatakan kembali berbunga selepas dikejutkan dengan kes nikah tak jadi pada Ogos lalu.

PETALING JAYA – Pernah memberi bayangan hati masih terluka, hubungan antara pelakon popular, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat kembali bertaut selepas aktres tinggi lampai itu berkongsi menerima kiriman istimewa berupa sekotak kek brownies daripada aktor itu.

Hantaran menggembirakan tersebut didedahkan ketika sambutan ulang tahun ke-28 pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin pada 21 November lalu.

Menerusi  video dikongsi pelakon filem Pusaka itu kelihatan kad ucapan selamat ulang tahun yang ditulis Syafiq malah aktor itu memaklumkan dia sebenarnya tidak pandai menyediakan hidangan berkenaan.

“Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi…,” tulisnya ringkas namun sarat makna mendalam.

Akui Lana, hadiah itu disediakan Syafiq atau Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, khas untuk dirinya yang bakal ke luar daerah menjalani penggambaran.

“Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum ‘shooting’ jauh-jauh.

“Tak sabar nak makan,” katanya yang turut menunjukkan brownies berhias strawberi kepada pengikutnya dalam Instagram Story.

TANGKAP layar perkongsian Mimi Lana di Instagram Story mengenai brownies pemberian Syafiq.

Sebelum itu, netizen tertanya-tanya status hubungan Mimi dan Syafiq  selepas tular video mereka menikmati makan malam di sebuah restoran.

Namun, masing-masing hanya mendiamkan diri walaupun di ruangan komen laman sosial yang berkongsi gambar momen tersebut dibanjiri ucapan peminat.

Sekali gus, pemberian hadiah bersempena ulang tahun Mimi itu menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka kini dalam fasa positif.

Terdahulu, berita pembatalan majlis pernikahan pasangan popular, Syafiq dan Mimi mengejutkan banyak pihak kerana dibuat seminggu sebelum pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Pembatalan tersebut dimaklumkan wakil syarikat pengurusan aktres berkenaan, Iman Tang menerusi mesej kepada tetamu berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Sebelum ini, hubungan dua personaliti terkenal itu pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta namun kembali bertaut tidak lama kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI